BERITA & AKTIVITI

TAKLIMAT AKADEMI DALAM INDUSTRI (ADI)

 

14 Mac 2025 – “AKADEMI DALAM INDUSTRI - ADI” – Gabungan usahasama Industri dan Pusat Latihan yang merupakan kaedah alternatif dalam melahirkan graduan kemahiran sama ada secara ADI Perantisan (Train and Place) atau ADI Pekerjaan (Place and Train).
 
Seramai 16 staf pengurusan tertinggi telah terlibat dalam taklimat ini. Taklimat merangkumi penjenamaan semula SLDN kepada ADI Perantisan dan memperkenalkan pendekatan terkini dalam meningkatkan kebolehpasaran pekerjaan dalam kalangan belia menerusi ADI Pekerjaan menerusi pengiktirafan pengalaman pekerjaan beserta pembelajaran teori dalam industri untuk pensijilan kemahiran JPK iaitu SKM2, SKM3, DKM dan DLKM JPK dengan kerjasama dengan Malaysian Productivity Corporation (MPC).
 
Semoga perkongsian ilmu oleh JPK Wilayah Selatan sebegini mengamit peluang ILP Selandar untuk mencuba kaedah baru dalam membuka peluang belajar yang lebih luas kepada semua belia di seluruh Malaysia walaupun telah bekerja dalam industri.
Slide