27 Jun 2024 – Disampaikan oleh Tuan Mohd Zulhari bin Ibrahim, Pegawai Penguatkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negeri Melaka, satu perkongsian menekankan bentuk rasuah dan hukuman atas sabitan kesalahan yang berkaitan dengan rasuah.
Turut diingatkan peranan penting penjawat awam, yang mana kakitangan digalakkan untuk membuat aduan sekiranya berlaku jenayah rasuah dalam sesebuah organisasi.
Marilah sama-sama kita membentuk organisasi yang bebas rasuah.