Ticker Kotak + Masa + Permohonan
Memuatkan…
PERMOHONAN ONLINE

BERITA & AKTIVITI

MESYUARAT JAWATANKUASA PENASIHAT TEKNIKAL (TAC) BIL 2/2026

8 Oktober 2026 - Alhamdulillah, Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Teknikal (Technical Advisory Committee – TAC) Bil. 2/2026 telah berlangsung pada 8 Oktober 2026.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 8 orang pakar daripada pihak industri yang memberikan pandangan, cadangan serta input profesional bagi memperkukuh penyampaian latihan TVET agar sentiasa relevan, berkualiti dan selari dengan keperluan semasa industri.

Kerjasama dan perkongsian kepakaran daripada pihak industri amat bermakna dalam usaha memastikan program latihan di ADTEC JTM Kampus Selandar terus memenuhi kehendak pasaran pekerjaan serta melahirkan tenaga kerja TVET yang kompeten, berkemahiran dan bersedia menghadapi cabaran industri masa hadapan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli TAC serta pakar industri atas komitmen dan sumbangan yang diberikan.

Slide