BERITA & AKTIVITI

11 ORANG PELAJAR ILP SELANDAR MENYERTAI PERTANDINGAN WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) 2024 - PERINGKAT PRA KELAYAKAN

 

14 Mei 2024 – Seramai 11 orang pelajar ILP Selandar bakal menyertai Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) Tahun 2024 - Peringkat Pra Kelayakan pada 15 Mei 2024 di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) dalam dua bidang kategori iaitu IT Network Systems Administration dan Web Technologies.
 
Diharapkan dengan penyertaan pelajar-pelajar ini akan mempertingkatkan ilmu kemahiran teknikal masing-masing. Dengan penyertaan dalam pertandingan ini, pelajar-pelajar berpeluang untuk menunjukkan kebolehan dan pengetahuan yang mereka miliki dalam bidang IT. Selain itu, ini juga merupakan platform yang baik bagi mereka untuk belajar dari peserta-peserta lain dan mendapat pengalaman dalam situasi pertandingan sebenar.
 
Diharapkan dengan penyertaan dalam WSMB ini, para pelajar dapat memperoleh pengalaman berharga dan memperluaskan pengetahuan serta kemahiran mereka dalam bidang teknologi maklumat. Semoga kejayaan akan terus melakar di depan apabila mereka memberikan sepenuh usaha dan komitmen dalam pertandingan ini.
Slide