22 Julai 2026 - Bertempat di ADTEC JTM Kampus Bukit Katil Melaka, ADTEC JTM Kampus Selandar berkesempatan menyantuni sesi perkongsian berkenaan pelaksanaan TVET Tahfiz di Kampus Selandar.
Perkongsian telah disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd Lizan bin Mohamed Manaker, Pegawai Khidmat Sokongan Pekerjaan & Komuniti (CESS) ADTEC JTM Kampus Selandar. Perkongsian merangkumi syarat kemasukan, kursus yang ditawarkan serta kelebihan melanjutkan pengajian khusus buat lepasan tahfiz/madrasah/pusat pengajian agama di seluruh negara.
Karnival turut membariskan pelbagai pempamer dalam bidang industri serta institusi bidang kemahiran yang memberi gambaran jelas akan hala tuju pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang kemahiran.