Ticker Kotak + Masa + Permohonan
Memuatkan…
PERMOHONAN ONLINE

BERITA & AKTIVITI

KUNJUNGAN HORMAT DAN PERBINCANGAN KERJASAMA PROGRAM TVET TAHFIZ KE SMKA NAIM LILBANAT KOTA BHARU DAN SMKN FALAHIAH TUMPAT

12 Mei 2026 - Satu lawatan daripada ADTEC JTM Kampus Selandar telah diadakan di SMKA Falahiah Tumpat, Kelantan. ADTEC JTM Kampus Selandar diwakili oleh Pengarah Ts. Rostam bin Hashim, SMKA Falahiah Tumpat diwakili oleh Pengetua  Ustaz Mohd Rosli bin Idris, SMKA Naim Lilbanat Kota Bharu diwakili oleh En. Wan Zaharudin bin Wan Zakaria dan pegawai ADTEC JTM Kampus Jerantut telah berbincang dan bekerjasama bagi memperkasakan program TVET Tahfiz.

Kolaborasi ini memberi fokus kepada:
(a) Perkongsian khidmat nasihat di dalam aktiviti latihan kemahiran TVET tahfiz; 
(b) Bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti promosi bagi program TVET tahfiz;
(c) Menjadi platform pembelajaran kemahiran peringkat lepasan sekolah menengah agama dan madrasah; dan
(d) Melaksanakan aktiviti pembangunan jati diri pelajar lepasan tahfiz.

Semoga usaha ini dapat melahirkan generasi huffaz yang berkemahiran tinggi, berdaya saing dan bersedia menghadapi keperluan industri masa kini.

Slide