23 Julai 2026 - Dalam misi melahirkan generasi penuh integriti, ADTEC JTM Kampus Selandar telah berkolobrasi dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui slot perkongsian bertajuk "Integriti Dalam Kalangan Remaja" bersama para pelajar.
Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Tuan Supritenden Adnan Bin Kosni daripada Bahagian Pengajian Analisis Perisikan, Pusat Pengajian Sains Perisikan Dan Kajian Strategik, Maktab PDRM Kuala Lumpur.
Perkongsian merangkumi pemalsuan dokumen,penyalinan tugasan tanpa olahan serta impak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti jenayah khususnya kes yang melibatkan para remaja yang semakin membimbangkan.
Semoga para huffaz ini tidak terjebak dengan pengaruh jenayah dan kekal menjadi generasi yang terpelihara dari sebarang gejala tidak bermoral yang boleh mendatangkan kemudaratan.

