Ticker Kotak + Masa + Permohonan
Memuatkan…
PERMOHONAN ONLINE

BERITA & AKTIVITI

KUNJUNGAN HORMAT DAN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO) MELAKA

9 Julai 2026 - Satu sesi perbincangan strategik telah diadakan bersama pihak PERKESO Melaka di ADTEC JTM Kampus Selandar bagi memperkukuh kerjasama dalam aspek latihan berasaskan kemahiran, peluang-peluang kerjaya, kebajikan dan perlindungan sosial tenaga kerja.

Perbincangan telah diadakan bersama Pegawai PERKESO diwakili oleh En. Ahmad Aizudin bin Adam selaku Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan dan ADTEC JTM Kampus Selandar diwakili oleh Ts Rostam bin Hashim selaku Pengarah Institut.

Perbincangan ini memberi tumpuan kepada:
• Inisiatif Latihan Dan Peningkatan Kemahiran (Reskilling & Upskilling) 
• Kesedaran Mengenai Kepentingan Keselamatan Sosial Dalam Alam Pekerjaan 
• Penempatan Pekerjaan Graduan
• Perkongsian Data Dan Keperluan Industri
• Promosi Dan Peluang Kerjaya

Melalui kolaborasi ini, diharapkan dapat melahirkan graduan yang lebih bersedia menghadapi dunia pekerjaan dengan sokongan perlindungan sosial yang komprehensif serta selari dengan keperluan industri semasa.

Slide