BERITA & AKTIVITI

ILP SELANDAR SERTAI MESYUARAT AGUNG KE-20 PERSATUAN INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SELANGOR (PITAS)

 

16 Disember 2024 – Pada 15 Disember 2024 bersamaan 14 Jamadil Akhir 1446H, ILP Selandar, Melaka dengan bangganya telah menyertai Mesyuarat Agung Kali Ke-20 Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) yang diadakan di Mahaad Tahfiz Mumtazatut Taqwa, Bukit Changgang, Banting, Selangor.
 
Dalam mesyuarat ini, Pengarah ILP Selandar, Ts. Rostam Bin Hashim, telah hadir bersama En. Sazali Bin Sanep, untuk sesi perkongsian Program TVET Tahfiz ILP Selandar @ ILP Ulul Albab. Perkongsian ini telah mendapat perhatian kerana keunikannya dalam menggabungkan kemahiran teknikal dan pendidikan tahfiz Al-Quran, sejajar dengan usaha melahirkan generasi Ulul Albab yang holistik.
 
Penyertaan ini turut membuktikan komitmen ILP Selandar dalam memperkasa pendidikan TVET berteraskan Islam, sekaligus menyokong usaha PITAS untuk memartabatkan institusi tahfiz di Malaysia.
Slide