29 Julai 2026 - Satu sesi perbincangan strategik telah diadakan bersama pihak Kemuncak Lanai di Kuala Lumpur. Perbincangan telah diadakan bersama Operation Director Kemuncak Lanai iaitu En. Mohd Faizal bin Rifae dan ADTEC JTM Kampus Selandar diwakili oleh Ts Rostam bin Hashim selaku Pengarah Institut.
Inisiatif kolaborasi ini memfokuskan kepada pembangunan potensi pelajar dan pemantapan latihan kemahiran menerusi beberapa teras utama:
• Pembangunan Modal Insan: Pendedahan latihan praktikal yang relevan bagi mengasah kemahiran insaniah (soft skills) dan teknikal pelajar.
• Peluang Latihan Industri & Kerjaya: Membuka ruang penempatan latihan amali yang kondusif serta laluan kerjaya awal bagi graduan TVET.
• Pertukaran Kepakaran & Teknologi: Kerjasama dalam pengurusan projek, fasiliti, dan pendedahan operasi industri sebenar.
Melalui sinergi antara kepakaran latihan kemahiran ADTEC JTM Kampus Selandar dan pengalaman industri Kemuncak Lanai, kolaborasi ini dijangka akan memberi nilai tambah yang tinggi kepada kebolehpasaran para pelajar.
Semoga kerjasama ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan dan pembangunan komuniti setempat.