1 Ogos 2025 - ADTEC JTM Kampus Selandar melangkah ke hadapan dalam usaha melestarikan alam sekitar menerusi pelancaran Kempen Bumi Hijau: 1 Staf 1 Pokok.
Bertempat di Mini Garden kampus, kempen ini merupakan komitmen berterusan warga kerja ADTEC JTM Kampus Selandar terhadap amalan lestari dan pelaksanaan inisiatif ESG 2025, seiring aspirasi Malaysia Madani.
Setiap warga kerja menanam sepohon pokok sebagai simbolik kepada tanggungjawab bersama dalam menghijaukan bumi. Aktiviti ini juga menyemai nilai cinta alam dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga jabatan.
Mari kita terus menyokong usaha penghijauan demi masa depan yang lebih sihat dan seimbang.