BERITA & AKTIVITI

KJP: SERVER HARDWARE & SOFTWARE INSTALLATION

 

12 - 13 April 2025 – Bengkel Teknologi Rangkaian di ADTEC JTM Kampus Selandar telah berjaya menganjurkan Kursus Server Hardware & Software Installation. Kursus ini melibatkan penyertaan pelajar-pelajar dari Kolej Vokasional Kuala Selangor yang berpeluang untuk mendalami kemahiran berkaitan pemasangan dan konfigurasi server dari aspek perkakasan dan perisian dalam persekitaran rangkaian.

Matlamat utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada para peserta tentang teknologi rangkaian serta menyediakan mereka dengan kemahiran asas yang relevan dalam bidang teknikal, sejajar dengan keperluan industri semasa. Pihak ADTEC JTM Kampus Selandar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta atas penyertaan dan komitmen mereka sepanjang program ini berlangsung.

Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam perjalanan akademik dan kerjaya para peserta pada masa hadapan. Bagi yang berminat untuk menyertai Kursus Jangka Pendek (eKJP) anjuran kami, sila layari laman web rasmi di sini

Slide