BERITA & AKTIVITI

PROGRAM CSR ADTEC JTM KAMPUS SELANDAR BERSAMA SEKOLAH KEBANGSAAN AYER KEROH

16 Ogos 2025 - Satu program CSR telah diadakan pada hari ini bermula jam 8 pagi bagi merealisasikan Khidmat Komuniti Madani bersama dengan Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh.

Khidmat komuniti ini melibatkan tenaga pengajar Bahagian Teknologi Rekabentuk Produk Industri yang diwakili oleh Encik Mohd Faizal Bin Md Rosli dan Encik Mohd Shafry Bin Salam bersama 10 orang pelajar Semester 3. Antara perkhidmatan yang diberikan adalah mengecat 3 buah kelas dan 2 tingkat tembok koridor kelas.

Penutup program telah menyaksikan wakil Kampus Selandar telah menerima satu sijil penghargaan daripada guru besar iaitu Encik Rassidi Bin Abdullah. 

Semoga kerjasama ini terus terjalin dalam meningkatkan ukhwah bersama agensi setempat.

Slide