10 Jun 2026 - Satu sesi kunjungan hormat telah diadakan oleh wakil pegawai ADTEC JTM Kampus Selandar ke Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM).
ADTEC JTM Kampus Selandar diwakili oleh Timbalan Pengarah En. Sudirman bin Suratin, Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) diwakili oleh Ketua Bahagian Pembangunan Hijau En. Nik Muhammad Ihsan bin Azhar ini bertujuan untuk memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara institusi TVET dan agensi kerajaan negeri, khususnya dalam memacu agenda teknologi hijau.
Fokus Utama Perbincangan:
1. Kerjasama Strategik: Penerokaan peluang kolaborasi dalam bidang latihan, kursus jangka pendek, penyelidikan dan pemindahan teknologi mesra alam.
2. Pembangunan Bakat TVET: Penyediaan platform latihan industri dan pendedahan teknologi hijau terkini kepada pelajar ADTEC JTM Kampus Selandar.
3. Inisiatif Lestari: Sokongan ADTEC JTM Kampus Selandar melalui pemerkasaan tenaga kerja mahir dalam sektor industri hijau.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Perbadanan Teknologi Hijau Melaka atas kesudian menerima kunjungan ini. Semoga sinergi yang dibina mampu memberi impak positif kepada pembangunan modal insan dan kelestarian alam sekitar di Negeri Melaka.
BERITA & AKTIVITI
KUNJUNGAN HORMAT ADTEC JTM KAMPUS SELANDAR KE PERBADANAN TEKNOLOGI HIJAU MELAKA