BERITA & AKTIVITI

KUNJUNGAN HORMAT ADTEC JTM KAMPUS SELANDAR KE SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

29 Julai 2025 - ADTEC JTM Kampus Selandar telah menyempurnakan kunjungan hormat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berpusat di Precint 9, Putrajaya. 

Perkongsian memfokuskan penekanan kepada Peranan, Isu, Cabaran dan Inisiatif Antirasuah kepada penjawat awam khususnya warga ADTEC JTM Kampus Selandar.

Peserta turut dibawa ke sekitar fasiliti bangunan lbu Pejabat SPRM termasuk Konti Radio MACC.fm, Mess Pegawai, Gimnasium, Padang Kayangan Aras 7 serta, Sky Bridge Aras 11.

Warga ADTEC JTM Kampus Selandar merakamkan penghargaan atas perkongsian yang disampaikan oleh PPj Muhammad Zaim Mohd Zuki, Penolong Pesuruhjaya Cawangan Agensi, Bahagian Pendidikan Masyarakat kerana sudi berkongsi informasi yang padat serta menarik pada hari ini. 

Semoga lawatan ini memberi pengetahuan yang lebih mendalam serta mengukuhkan pembudayaan nilai serta tatakelola yang baik bagi mengukuhkan integriti, akauntabiliti, ketelusan dan keadilan dalam setiap aspek pengurusan dan pentadbiran organisasi perkhidmatan awam.

Slide