8 Julai 2026 - Sejajar dengan dunia yang semakin penuh dengan cabaran yang datang dari pelbagai sudut, satu sesi perkongsian telah dijayakan oleh Tuan Inspektor Gunaaseellan A/L Ganesan, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti dari Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin, Melaka.
Perkongsian berkisar mengenai tanggungjawab, hak serta undang-undang yang meletakkan para remaja dalam menjadi warganegara Malaysia yang penuh intergriti.
Semoga para huffaz teknokrat mengambil pengajaran serta menggarap informasi yang membantu dalam melahirkan warganegara yang berdisiplin serta bebas jenayah.