12 Ogos 2026 - Memperkasa Laluan Pendidikan dan Kerjasama Strategik TVET
ADTEC JTM Kampus Selandar telah mengadakan Kunjungan Hormat ke TVETMARA Kemaman sebagai inisiatif memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara institusi TVET, khususnya dalam pembangunan laluan pendidikan dan kemahiran pelajar TVET Tahfiz bidang Teknologi Minyak & Gas (Lukisan Perpaipan).
Kunjungan ini memberi tumpuan kepada dua objektif utama:
1. Perbincangan Hala Tuju Pendidikan
Membincangkan laluan dan peluang pelajar TVET Tahfiz bidang Teknologi Minyak & Gas (Lukisan Perpaipan) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma, selaras dengan pembangunan kompetensi dan keperluan industri.
2. Pengukuhan Jaringan Kerjasama TVET
Meneroka peluang kerjasama dengan institusi dan pusat kemahiran bagi memperluaskan ekosistem pendidikan serta pembangunan kemahiran, sekali gus menyokong usaha melahirkan pelajar tahfiz yang berkemahiran tinggi, kompeten dan berdaya saing dalam industri.
Semoga kunjungan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama strategik yang berterusan, khususnya dalam memperkukuh laluan pendidikan, perkongsian kepakaran dan pembangunan bakat TVET Tahfiz yang berkualiti serta memenuhi keperluan industri masa hadapan.
