BERITA & AKTIVITI

KUNJUNGAN HORMAT KE PERSATUAN MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN (PERMATA AL_QURAN) DI AKADEMI DARUL HUFFAZ BAGI PERBINCANGAN KERJASAMA BERSAMA ILP SELANDAR

 

19 April 2025 – Terima Kasih kepada Presiden PERMATA Al-Quran, Tuan Haji Manolito bin Mohd Dahlan dan Setiausaha Agongnya, Ustaz Syed Sharim bin Shayid Khalim atas kesudian menerima kunjungan hormat daripada pihak ILP Selandar untuk bersama-sama membincangkan secara lanjut kerjasama dalam memperkasa TVET Tahfiz bagi pembangunan Huffaz Teknokrat pada masa akan datang.

Turut bersama Pengarah ILP Selandar, Tuan Ts. Rostam bin Hashim dalam perbincangan ini adalah Ustaz Sazali bin Sanep dari Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL) ILP Selandar.

Semoga kerjasama padu dapat diwujudkan dengan jayanya antara ILP Selandar dan PERMATA Al-Quran untuk mempromosi dan menyebarluas maklumat berkaitan dengan TVET Tahfiz ke seluruh institusi tahfiz bawah naungan persatuan ini.

Slide