BERITA & AKTIVITI

KURSUS JANGKA PENDEK (KJP CUSTOMISED): INSTRUMENTATION DRAWING

 

13-15 Mei 2025 - Kursus Jangka Pendek bagi Modul SEIP-12-03: Instrumentation Drawing telah dijalankan di ILP Selandar dengan penyertaan Pelajar Semester 1 dan 3 (ILP Bukit Katil).

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran teknikal para peserta dalam menghasilkan lukisan menggunakan perisian CADD. Kursus ini memberi penekanan kepada pemahaman simbol-simbol standard, susun atur sistem kawalan dan interpretasi lukisan teknikal.

Secara keseluruhannya, kursus ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Para peserta memberikan maklum balas positif terhadap isi kandungan dan keberkesanan penyampaian.
 
Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah menjayakan program ini. Semoga ilmu yang diperolehi memberi manfaat dalam perjalanan pembelajaran dan kerjaya kelak.

Slide