17 Disember 2025 - ADTEC JTM Kampus Selandar hari ini menerima kunjungan pegawai dari Cawangan Teknologi Maklumat (CTM), JTM bagi urusan pemeriksaan pelupusan aset ICT. Lawatan ini penting bagi memastikan proses pelupusan perkakasan dilakukan secara sistematik dan mematuhi prosedur pengurusan aset kerajaan yang ditetapkan.
Sesi tersebut telah dihadiri oleh Puan Nor Azizah binti Ahmad Zabidin, Encik Insanani bin Mohd Hussain, dan Puan Nurain binti Abd Halim. Terima kasih atas komitmen para pegawai dalam memastikan tadbir urus aset digital di jabatan ini sentiasa dikemas kini dan teratur.
