BERITA & AKTIVITI

LAWATAN TAPAK BAGI PERMOHONAN PUSAT PEMBELAJARAN BERTAULIAH (PBB) BAGI SIJIL PERAKUAN HAFAZAN BERTAHAP (SPHB)

 

07 Februari 2025 – Lawatan diketuai oleh Ustazah Wan Najmiah Binti Wan Mohamad Ali selaku Timbalan Pengarah Bahagian Kualiti bersama barisan pegawai kanan Darul Quran.
 
Kunjungan mengetengahkan perbincangan kerjasama antara ILP Selandar dan Darul Quran dalam mengiktiraf pencapaian hafazan pelajar ILP Selandar disamping menambahbaik kualiti tenaga pengajar dalam bidang pengetahuan pendidikan Islam dan kemahiran hafazan Al-Quran.
 
Delegasi Darul Quran turut berkesempatan menyantuni para pelajar disamping melihat fasiliti latihan kemahiran yang terdapat di ILP Selandar.
 
Semoga lawatan ini dapat memperkukuhkan jalinan kerjasama antara Darul Quran dan ILP Selandar dalam usaha gabungan jalinan teknikal dan elemen tahfiz selaras dengan misi melahirkan generasi huffaz teknokrat yang madani.
Slide