18 April 2025 – Syawal kali ini dirai dengan kukuhnya jalinan ukhwah yang harmoni sesama warga ADTEC JTM Kampus Selandar. Pada 17 April 2025 bertempat di Dewan Teknokrat ADTEC JTM Kampus Selandar, telah berlangsung dengan meriahnya Majlis Ukhwah Pelajar dan Sambutan Aidilfitri ADTEC JTM Kampus Selandar.
Pelbagai variasi menu juadah yang menyelerakan serta gemersiknya persembahan daripada para pelajar dan juga kakitangan ADTEC Selandar menceriakan lagi suasana sambutan Syawal tahun ini.
Majlis juga turut meraikan pelajar-pelajar yang berpenampilan pakaian Raya yang menarik ketika majlis sambutan berlangsung. Semoga ikatan jalinan ukhwah ini berkekalan kerana Allah swt.