11 April 2025 – Menyantuni para huffaz sesi 1/2025, para pelajar berpeluang beramah mesra bersama Ts. Kamaruzaman Bin Hj. Md Ali, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
Beliau turut menyampaikan amanat penting sebagai pembakar semangat para pelajar tahfiz dalam meneruskan kembara ilmu dalam pendidikan kemahiran tvet.Antaranya, penekanan konsep ketekunan dalam menuntut ilmu disamping kekal memberikan tumpuan sepenuhnya dalam hafalan Al-Quran.
Pelbagai persoalan turut terlerai melalui sesi soal jawab bersama Tuan TKP yang merangkumi kemudahan, kewangan serta hala tuju pendidikan TVET Tahfiz masa depan.
Semoga jalinan ukhwah ini berkekalan hingga ke syurga.