30 Januari 2026 - Berlangsung di Dewan Auditorium Iltizam, Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan ADTEC JTM Kampus Selandar dimulakan dengan nyanyian lagu rasmi serta lafaz ikrar Rukun Negara dan Ikrar Bebas Rasuah.
Antara intipati perhimpunan termasuklah sesi penyampaian amanat oleh Tuan Pengarah, Ts.Rostam bin Hashim. Beliau memperingatkan warga kerja ADTEC JTM Kampus Selandar untuk sentiasa menjadi pekerja yang berkemahiran yang holistik dan memberi komited secara menyeluruh bagi memacu perkhidmatan yang lebih efisyen, berintegriti dan cemerlang.
Beliau turut menzahirkan penghargaan di atas pencapaian warga Adtec JTM Kampus Selandar dalam usaha mempelbagaikan kompetensi kemahiran yang pelbagai. Tuan Pengarah juga menggalakkan warga kerja Adtec untuk sama-sama berganding bahu dalam usaha mempromosikan program-program yang ditawarkan di ADTEC JTM Kampus Selandar.
Semoga perhimpunan ini menjadi asbab kepada utuhnya ukhwah yang mampu membentuk organisasi yang cemerlang dunia dan akhirat.
