15-16 Ogos 2026 - Seramai 40 orang pelajar dan 5 orang pegawai pengiring ADTEC JTM Kampus Selandar telah menyertai Program Ijtimak Melaka Tahun 2026 yang berlangsung di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka pada 15-16 Ogos 2026. Selain menghadiri program keagamaan, para pelajar turut menggalas tanggungjawab sebagai sukarelawan Jawatankuasa Kebersihan bagi memastikan kebersihan dan keselesaan persekitaran masjid terjaga sepanjang program berlangsung.
Pengalaman berharga dalam menyantuni program berskala besar ini menjadi bukti komitmen pelajar dalam khidmat komuniti dan menjaga kebersihan persekitaran. Semoga penglibatan ini menjadi pemangkin semangat kesukarelawanan dan jati diri yang tinggi dalam kalangan pelajar.
