25 Februari 2025 – “DADAH MUSUH NEGARA” – Itulah kata-kata yang sering muncul di ingatan acapkali kita mendengar berita atau hebahan berkaitan dengan penyalahgunaan dadah. Sebagai usaha mengekang penularan gejala negatif ini, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Jasin telah menjayakan program berkonsepkan kepimpinan Leadership’s Tomorrow yang melibatkan selamai 40 orang pelajar ILP Selandar.
Program merangkumi sesi perkongsian mengenai faktor penyumbang kepada penglibatan dadah, bentuk-bentuk dadah masa kini, serta langkah pencegahan awal sekiranya berhadapan dengan individu atau perkara yang membawa kepada penyalahgunaan dadah.
Para peserta turut berpeluang berkongsi pengalaman, pendapat serta cadangan dalam melahirkan generasi yang menolak penggunaan dadah. Para peserta juga turut menjadi penyumbang kepada Program 1 Juta Skuad Anti Dadah yang mana mereka telah mendaftar sebagai ahli skuad anti dadah yang berperanan dalam menjadi mata-mata untuk melaporkan sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah yang terdapat disekeliling mereka.