10 Disember 2025 - ADTEC JTM Kampus Selandar berkesempatan menyantuni kunjungan hormat ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) bersama delegasi TVET Tahfiz ILJTM wilayah utara.
Tujuan kunjungan hormat ini adalah membincangkan kerjasama dalam usaha menggalakkan para huffaz negeri Kedah untuk meneroka potensi masa depan berhubungkait kemahiran teknikal melalui kursus-kursus yang ditawarkan di ILJTM.
Kunjungan turut memeterai jalinan kerjasama antara ADTEC JTM Kampus Selandar bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.
Semoga kerjasama yang terjalin mengukuhkan lagi usaha melahirkan generasi huffaz teknokrat yang madani serta cemerlang dunia dan akhirat.
