22 Julai 2025 - Antara inisiatif dalam memastikan keselamatan aset dan kepentingan organisasi terpelihara, satu sesi taklimat keselamatan dan kesedaran perlindungan khusus buat warga ADTEC JTM Kampus Selandar telah diadakan.
Sesi perkongsian telah dijayakan oleh Tuan Mohammad Fadzil bin Kasim@Othman, Penolong Pegawai Keselamatan dari Pejabat Ketua Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Melaka. Perkongsian ini merangkumi pengukuhan keselamatan fizikal, pengendalian dokumen rasmi serta pengukuhan akta rahsia rasmi sebagai penjawat awam di dalam sebuah organisasi kerajaan.
Semoga perkongsian ini membentuk jati diri warga ADTEC JTM Kampus Selandar yang mampan sebagai penjawat awam yang berintegriti.