11 Disember 2024 – ILP Selandar terus berusaha mempromosikan program TVET Tahfiz dengan mengadakan kunjungan hormat dan perbincangan kerjasama bagi pelaksanaan program TVET Tahfiz ILP Selandar @ILP Ulul Albab di Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Pekan.
Turut serta dalam perbincangan ini ialah YBhg. Dato' Hj. Abdul Zaki Bin Md Zain (Timbalan Pengarah JAIP), Ustaz Mohd Ali Bin Mat Dasir (Pengarah Bahagian Pengurusan & Pembangunan Islam MUIP), Al Fadhil Ustaz Maulana Wan Helmi Bin Wan Mohamed Al Hafiz (Presiden Ikatan Madrasah Pahang) dan Al Fadhil Ustaz Zaidi Bin Ismail (KPP Bahagian Pendidikan JAIP).