Ticker Kotak + Masa + Permohonan
Memuatkan…
PERMOHONAN ONLINE

BERITA & AKTIVITI

KURSUS JANGKA PENDEK (KJP): VIDEO KREATIF UNTUK MEDIA SOSIAL

17 Oktober 2026 - ADTEC JTM Kampus Selandar, Melaka telah berjaya menjalankan Program Kursus Jangka Pendek (KJP): Video Kreatif untuk Media Sosial dengan kerjasama padu daripada Majlis TVET Negeri Melaka.

Melalui kursus ini, para peserta diberikan pendedahan teori dan perkongsian ilmu secara terus oleh tenaga pengajar di dalam bilik kuliah. Selain itu, peserta juga berpeluang melakukan latihan amali secara praktikal untuk merakam video menggunakan peranti pintar dan kelengkapan sokongan.

Pendedahan kemahiran ini amat penting bagi memperkasakan penyediaan kandungan digital yang lebih segar, kreatif, dan menarik di platform media sosial masa kini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas komitmen yang cemerlang sepanjang kursus berlangsung!

Slide