BERITA & AKTIVITI

PIALA PUSINGAN LAMAN WEB TERBAIK ILJTM 2024

 

22 Januari 2025 – Syabas dan tahniah diucapkan buat Pasukan Webmaster ILP Selandar yang berjaya mengungguli 33 Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) atas pengiktirafan Laman Web Terbaik ILJTM bagi tahun 2024.
 
Pengumuman keputusan tersebut dilakukan ketika Majlis Perhimpunan Bulanan & Amanat Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia yang diadakan pada 21 Januari 2025, yang bertempat di Dewan Serbaguna Setia Perkasa 3 dan dipaparkan juga secara langsung dalam talian di laman Facebook rasmi JTM.
 
Pertandingan anjuran Jabatan Tenaga Manusia memperlihatkan penyertaan pasukan ILP Selandar yang mempersembahkan rekaan laman web yang menjadikan pusat sehenti bagi paparan maklumat mengenai pendidikan TVET serta informasi berkaitan kursus-kursus dan perkhidmatan yang terdapat di ILP Selandar.
 
Semoga kejayaan yang diperoleh ini akan terus menjadi inspirasi dalam memperkasakan kemahiran serta menyemarakkan masa hadapan dunia TVET Malaysia Madani.
Slide